Wednesday, 5 October 2022

Resepi Nasi Kandar

 

RESEPI NASI KANDAR


Pengenalan

Resepi Nasi Kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang sangat terkenal dan berasal dari Pulau Pinang. Resepi Nasi Kandar merupakan satu hidangan nasi kukus yang mempunyai rasa tawar atau sedikit berperisa. Resepi Nasi Kandar biasanya disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Perkataan Nasi Kandar dinamakan sedemikian adalah kerana pada zaman dahulu, seorang penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi dan nama kandar telah didapat daripada keadaan ini. Nama itu telah kekal sehingga hari ini dan ditulis dalam menu makanan bagi kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.

Nasi untuk dijadikan Nasi Kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu yang mempunyai kira-kira tiga kaki tinggi dan memberikan ia satu bau tersendiri. Hidangan Nasi Kandar akan dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari akan dituang pada nasi untuk menambahkan kesedapannya. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu kepelbagaian rasa pada nasi tersebut.

Mengikut tradisi, Resepi Nasi Kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Campuran sos kari yang istimewa sentiasa akan dicurahkan terus pada nasi. Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti Nasi Kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Pada masa sekarang, lebih daripada 500 kedai Nasi Kandar terdapat di seluruh Pulau Pinang. Sekadar cuba menyebut beberapa nama, Nasi Kandar Kapitan, Nasi Kandar Kayu, Nasi Kandar Khaleel, Nasi Kandar Kassim Mustafa, Nasi Kandar Dawood, Nasi Kandar Beratur dan Nasi Kandar Ramzan, sudah pun begitu terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong luar negara.

Sejarah

Nasi Kandar dipercayai berasal dari selatan India. Ia mula menular di Tanah Melayu adalah kerana kekerapan para pedagang India Muslim yang berulang-alik di antara India dan Tanah Melayu. Sebelum Nasi Kandar terkenal di Pahang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak, Nasi Kandar tertumpu terlebih dahulu di Pulau Pinang, Kangar, Perlis dan Sungai Petani serta Alor Setar, Kedah. Dipercayai makanan ini bertapak di Pulau Pinang sekitar tahun 1920 hingga 1930 yang dinikmati pada waktu pagi.

Nama Nasi Kandar diambil sempena kaedah si penjual yang mengandar dua buah bakul nasi dan lauk dengan sebatang kayu. Pada awal penjualan Nasi Kandar, nasi hanya dimakan bersama daging masak kicap, telur rebus dan bendi rebus, Kini orang ramai berpeluang menikmati Nasi Kandar bersama ayam goreng, ikan goreng, telur sotong, udang galah goreng, kurma ayam dan kari kambing.

Resepi Nasi Kandar telah mula wujud di Malaysia sejak ratusan tahun dahulu dan trendnya semakin berubah demi menepati cita rasa semua lapisan masyarakat. Oleh itu, terdapat pelbagai resipi yang terhidang enak di restoran Nasi Kandar, sama seperti di Kelantan, masyarakatnya meminati masakan berunsurkan manis. Jadi kebanyakan kedai Nasi Kandar ada menyediakan lauk yang agak manis seperti ayam madu.

Bahan-Bahan untuk Resepi Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang


(Sesuai untuk 4-6 orang)

Bahan-Bahan untuk Nasi

3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)

4½ mug air

2 inci halia (diketuk)

4 ulas bawang putih (diketuk)

2 sudu besar majerin

3 ketul kuib ayam

2 helai daun pandan



Bahan-bahan untuk Kari Ayam Kering Penang


9 biji Bawang Merah Kecil

4 ulas Bawang Putih

3 batang Kayu Manis

4 biji Bunga Cengkih

Cabai Kering

2 biji Tomato

Serbuk Kari Ayam

1 dada Ayam

1 Yogurt

2 cawan Beras

2 helai Daun Pandan

Daun Kari

Air Mawar



Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan


1 batang timun (dihiris)

2 biji buah tomato (dihiris)

Salad (dihiris)

Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup)

Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)

Sos Sampingan

(Ikut kegemaran masing-masing)

Sos Tomato

Sos Cili

Sos Cili Pedas

Sos Cili Bawang Putih

Sos Cili Thai


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.

2) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.

3) Panaskan periuk dan cairkan majerin.

4) Masukkan bawang putih dan halia.

5) Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.

6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.

7) Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.

8) Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.

9) Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.

Cara-Cara untuk Menyediakan Kari Ayam Kering Penang

1) Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4.

2) Selepas itu 4 cabai kering di belah 2.

3) Dada ayam dipotong kuib.

4) Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak, kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis.

5) Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari.

6) Kacau sehingga ayam itu masak dan kemudian masukkan tomato.

7) Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

8) Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt.


Semasa kita menyebut Nasi Kandar, Pulau Pinang selalu akan menjelma dalam ingatan kita. Nasi Kandar di Pulau Pinang adalah sama seperti adanya Nasi Dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti Nasi Kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kadangkala kita tertanya-tanya apa yang membezakan Nasi Kandar dengan nasi-nasi yang lain. Perbezaannya adalah Nasi Kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar adalah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan sebagainya.

Selain itu, Nasi Kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi tersebut menjualnya. Nasi dikandar di bahu dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Keunikan Nasi Kandar adalah terletak kepada lauk pauknya yang beraneka rasa dan warna. Kebanyakkan lauk pauk ini dimasak dengan menggunakan pelbagai rempah ratus yang asli. Pasa masa kini, Nasi Kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran pelbagai jenis kaum di Malaysia. Minuman iringan dengan Nasi Kandar ini adalah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.